suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katie Holmes Jawab Isu Kahwin Dengan Jamie Foxx

Katie dan jamie dikatakan sudah berkahwin.

BARU-BARU ini pasangan Katie Holmes dan Jamie Foxx dikatakan sudah berkahwin secara senyap-senyap.

Bagaimanapun, menurut laporan starpulse, Katie menyangkal dakwaan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya dan menyifatkan khabar angin itu adalah mengarut.

"Tidak banyak yang saya minta. Saya hanya berharap agar privasi anak saya dihormati dan berhenti menyebarkan berita pembohongan yang tidak masuk akal," katanya.

Difahamkan, Katie dan Jamie  mula menjalinkan hubungan intim sejak tahun 2013 selepas bertemu di sebuah majlis di East Hampton, New York.

Khabar angin mengenai pernikahan pasangan itu mula timbul apabila kedua-dua selebriti itu dilihat keluar makan tengah hari bersama di sebuah restoran di Beverly Hills pada Disember tahun lalu.

Salah seorang sumber yang rapat dengan Katie juga mendedahkan pernah terdengar perbualan mesra Katie dan Jamie menerusi telefon mengucapkan kata-kata cinta.

Katie Holmes, Jamie Foxx

Artikel Lain