suria

Jessica Jung Lebih Fokus Jadi Model Selepas Keluar Girls’s Generation

Jessica Jung
BEKAS anggota kumpulan Girls’s Generation iaitu Jessica Jung kini lebih fokus menjadi seorang model fesyen selepas mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan itu pada tahun lalu.

Jessica membutikan dia lebih berjaya selepas bergerak secara solo dan fokus dalam bidang peragaan selepas menerima tawaran untuk muncul dalam majalah fesyen.

Star Daily melaporkan Jessica telah menerima tawaran daripada Yves Saint Laurent Beauté untuk mereka mengetengahkan model yang mempunyai kecantikan wanita Asia.

Sebagai selebriti yang menyukai fesyen, Jessica juga turut mempunyai jenama fesyen miliknya sendiri iaitu Blanc & Eclare.

Dia juga dilaporkan turut mengasah bakatnya sebagai pereka fesyen dengan mempergayakan fesyen terkini.

Artikel Lain