suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift Punca Dua Penerbangan Di Tokyo Tergendala

Taylor diserbu peminat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antaranbangsa Narita, Jepun pada Ahad lalu.
PENYANYI Taylor Swift dilaporkan menjadi penyebab dua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun tergendala baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan keadaan trafik di lapangan terbang tersebut menjadi sesak sehingga tidak terkawal selepas dipenuhi peminat yang menunggu ketibaan penyanyi itu.

"Keadaan menjadi begitu kecoh dengan kehadiran peminat Taylor memenuhi semua ruang sehingga menyukarkan penumpang yang ingin mengejar penerbangan mereka.

"Keadaan itu telah memaksa pihak pengurusan menunda jadual penerbangan bagi menunggu penumpang," kata salah seorang petugas di lapangan terbang tersebut.

Taylor berada di Tokyo bagi mengadakan konsert jelajah iaitu 1989 World Tour sebelum berkunjung ke beberapa negara Asia lain.
Taylor Swift.

Artikel Lain