suria

Jihyo Jalani Latihan Nyanyian Selama 10 Tahun

Jihyo mengasah vokalnya selama sepuluh 10 tahun.
PESERTA program realiti Sixteen iaitu Jihyo mendedahkan dia menjalani latihan nyanyian selama 10 tahun bersama syarikat JYP Entertainment bagi memastikan dapat bersaing dengan penyanyi sedia ada.

Soompi melaporkan Jihyo bakal bersaing dengan 13 lagi peserta bagi merebut tempat dalam sebuah kumpulan baharu yang bakal ditubuhkan oleh syarikat pengurusan artis berkenaan.

Dalam satu klip sedutan promosi rancangan tersebut, Jihyo sempat menyanyikan sebaris lagu bagi membuktikan bakat dimilikinya.

"Saya adalah peserta terbaik dalam program berkenaan," katanya sambil bergurau dalam temubual video berkenaan.

Sixteen merupakan sebuah rancangan realiti pencarian bakat baharu kpop dan penyanyi itu bakal bersaing dengan 13 peserta peserta lain yang akan bersiaran di saluran Mnet pada bulan Mei depan.

Jihyo, Sixteen.

Artikel Lain