Brown Eyed Girls Dilarang Buat Pembedahan Plastik - Bintang Global | mStar

Brown Eyed Girls Dilarang Buat Pembedahan Plastik

Brown Eyed Girls

SELEPAS lama menyepi, Brown Eyed Girls kini sedang dalam persiapan untuk membuat kemunculan semula.

Menurut laporan Soompi, salah seorang anggotanya, Ga In berkata, mereka akan memastikan mempunyai stamina yang cukup sebelum tampil di khalayak.

"Ketika saya bersama anggota lain berlatih menari, kami cepat penat walaupun berlatih sekejap sahaja. Banyak kelemahan yang perlu dibaiki," katanya pada program Yoo Hee Yeol Sketchbook.

Selain Ga In, Brown Eyed Girls turut dianggotai Miryo, Narsha dan JeA.

Sementara itu, kata Ga In, walaupun membuat kemunculan semula, agensi mereka tidak membenarkan untuk membuat pembedahan plastik pada wajah mereka.

"Pihak agensi mahu kami menjaga kesihatan dan kecantikan dengan cara sihat dan kami terima, demi kebaikan diri masing-masing," ujarnya.

Brown Eyed Girls

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel