suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britney Spears Jalin Hubungan Dengan Produser

Britney Spears

PENYANYI Britney Spears dilaporkan menjalinkan hubungan dengan seorang penerbit dan pengarah selepas 18 bulan hubungannya dengan seorang penyelidik undang-undang, David Lucado putus.

Sumber memberitahu E! News, perkenalan Britney dengan pemuda yang dikenali sebagai Charlie Ebersol, 31, itu terjalin selepas mereka diperkenalkan oleh rakan-rakan dalam satu majlis.

Hubungan itu juga dipercayai semakin serius selepas mereka dilihat banyak menghabiskan masa bersama.

Charlie sebelum ini pernah dikaitkan dengan pemain tenis Rusia iaitu Maria Sharapova pada tahun 2008 dan juga aktres Sophia Bush pada 2012.

Britney, 32, mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Sean, 9, dan Jayden, 8, hasil perkahwinannya dengan Kevin Federline.

Mereka berpisah pada 2007 selepas tiga tahun kahwin.

Wanita itu berhasrat untuk berkahwin lain dan mengimpikan mempunyai anak perempuan.

 

 

 

Britney Spears

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain