suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CL (2NE1) Berkolaborasi Dengan Ariana Grande

SIBUK dengan perancangan karier di Amerika Syarikat (AS), anggota kumpulan 2NE1, CL bakal berkolaborasi dengan penyanyi Ariana Grande menerusi projek konsert 'SB Projects 2015'.

Menurut laporan Soompi, ia merupakan sebuah projek yang diterbitkan oleh Scooter Braun yang menampilkan artis-artis antarabangsa lain termasuklah Ariana.

Braun turut menyambut kedatangan CL menerusi laman Twitter miliknya pada Sabtu lalu.

Ariana Grande

"Selamat datang ke keluarga SB Projects, CL!," katanya.

Syarikat pengurusan CL atau nama sebenarnya Lee Chaelin iaitu YG Entertainment telah mempersiapkan pelbagai aktiviti sepanjang penyanyi itu berada di AS.

Difahamkan CL juga bakal muncul dengan sebuah single lagu berbahasa Inggeris pada tahun depan.

Artikel Lain