suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kos Kemunculan Mariah Carey Di Majlis RM300 Ribu

PENYANYI Mariah Carey memperuntukkan hampir RM300,000 setiap kali tampil dalam sesebuah majlis atau sesi bergambar.

Hal tersebut diberitahu oleh seorang jurugambar yang menuntut ganti rugi kerana Mariah membuat pembatalan mengejut bagi sesi fotografi yang dirancang untuk single terbaharunya itu.

Dalam dokumen yang dilampirkan oleh TMZ, jurugambar itu menyenaraikan secara terperinci butiran yang disediakan kepada penyanyi itu untuk sesi fotografi tersebut.

Mariah dikatakan meminta seorang perunding gaya, perunding rambut, pembuat kuku dan jurusolek.

Bagaimanapun, pihak pengurusan penyanyi itu menafikan mengenai pembatalan sesi fotografi berkenaan dan memberitahu tiada sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak jurugambar tersebut.
Mariah Carey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain