suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Goo Hye Sun Tidak Minat Bercinta

Goo Hye Sun selesa hidup solo.

AKTRES Goo Hye Sun mendedahkan dia masih lagi solo dan tidak berminat untuk menjalinkan hubungan cinta walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun.

Menerusi program bual bicara Power FM Cine Town Khamis lalu, Hye Sun berkata dia lebih selesa hidup solo tanpa sebarang komitmen.

"Buat masa ini saya belum mempunyai kekasih lagi dan tidak terdesak untuk mencari pasangan.

"Bukannya saya tidak keluar berjumpa dengan orang, tetapi saya tidak punya masa untuk memberi komitmen dalam sesebuah perhubungan," katanya.

Tambah Hye Sun, dia lebih senang memberi perhatian pada dirinya sendiri apatah lagi aktres ini juga sedang menjinakkan diri di bidang pengarahan.

"Saya lebih tertarik dengan perkara lain selain lelaki. Saya mahu fokus pada kerja dan diri sendiri.

"Mungkin saya akan bercinta jika ada kesempatan, tetapi saya tak yakin," ujarnya.

Hye Sun kini sibuk mempromosikan filem ketiga arahannya iaitu Daughter.

Goo Hye Sun

Artikel Sebelum

Artikel Lain