suria

Tom Cruise Jual Rumah RM194.7 Juta

Tom Cruise

BINTANG Edge of Tomorrow, Tom Cruise menjual rumahnya di atas tanah seluas 298 ekar di Telluride daerah Colorado, Amerika Syarikat dengan nilai AS$59 juta (RM194.7 juta).

Tom pernah tinggal di kediaman mewah itu bersama bekas isternya, Katie Holmes dan anak mereka Suri, 8, sebelum pasangan itu berpisah pada 2012.

Rumah yang luas kira-kira 10,000 kaki persegi itu mempunyai empat bilik tidur, enam bilik mandi, perpustakaan, taman rekreasi, gim, padang tenis dan bola keranjang serta pusat hiburan.

Ia juga berlatarbelakangkan panorama menarik dan pergunungan.

Menurut The Wall Street Journal, rumah berkenaan turut berkembar dengan sebuah rumah tetamu yang masing-masing mempunyai tiga bilik air dan tiga bilik tidur.

Sebuah ejen hartanah turut mengesahkan Tom menjual rumah berkenaan atas alasan dia jarang berkunjung ke kediaman itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelakon Mission Impossible itu turut berkongsi ideanya untuk menghias kediaman berkenaan pada tahun 1994 ketika masih bergelar suami kepada Nicole Kidman iaitu bekas isteri bagi perkahwinan keduanya.

Tom Cruise

Artikel Berikut

Artikel Lain