AirAsia X Terbang Ke Honolulu, Hawaii - Niaga | mStar

AirAsia X Terbang Ke Honolulu, Hawaii

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsiaX mengadakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Khamis,mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye, dengan faktor muatan melebihi 90 peratus.

Laluan mercu tanda ke Hawaii ini adalah satu lakaran babak baharu yang berani dalam usaha membantu lebih ramai orang melancong lebih jauh dengan harga yang lebih rendah.

Ini hanya satu permulaan, dan tidak lama lagi penumpang kamiakan menikmati penerbangan ke lebih banyak destinasi di Amerika Syarikat apabila kami terus melebarkan kedudukan kami ke persada antarabangsa, kata Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan.

Penerbangan D7 001 itu menandakan penyertaan pertama syarikat penerbangan itu ke pasaran AS.

Laluan empat kali seminggu itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Honolulu melalui Osaka, Jepun.

Bagi meraikan penerbangan sulungnya itu, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM899 untuk tempat duduk standard atau RM2,999 untuk pemegang anugerah Flatbed Premium, dari Kuala Lumpur ke Honolulu.

Promosi tambang ini yang tersedia di laman web AirAsia,airasia.com, dari sekarang sehingga2 Julai2017 untuk tempoh perjalanan antara 1 Oktober 2017 dan 28 Ogos tahun depan.

Penumpang yang transit di Osaka tidak memerlukan visa Jepun untuk tempoh persinggahan selama dua jam dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing dalam penerbangan setelah melalui sebarang pemeriksaan bagasi atau barangan oleh pihak keselamatan.-- Bernama

AirAsia X , Hawaii , Rafidah

Artikel Sebelum

Larangan Eksport Kayu Getah Mulai 1 Julai

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain