Kapal Pasang Paip Keenam SapuraKencana Bagi Petronas Beroperasi Di Brazil - Niaga | mStar

Kapal Pasang Paip Keenam SapuraKencana Bagi Petronas Beroperasi Di Brazil

KUALA LUMPUR: SapuraKencana Petroleum Bhd (SapuraKencana) telah menyerahkan kapal pasang paip (PLV) keenamnya dan terakhir, Sapura Rubi, kepada Petrleo Brasileiro S.A (Petrobras).

Dalam kenyataan di sini, Khamis, SapuraKencana berkata kapal tersebut mula beroperasi di Brazil pada 14 Ogos. 

"Bermulanya operasi Sapura Rubi menandakan selesainya program binaan kumpulan bagi enam PLV kepada pelanggannya, Petrobras, untuk beroperasi di kawasan laut dalam di Brazil.

"Semua kapal kini beroperasi, tepat pada masanya dan berdasarkan bajet, menekankan komitmen berterusan kami untuk beroperasi dengan cekap dan berkesan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SapuraKencana Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Sapura Rubi menyertai lima PLV bersepadu sepenuhnya yang lain yang diserahkan secara berperingkat dan kini beroperasi di medan laut dalam Brazil.

PLV pertama, Sapura Diamante, mula beroperasi pada 28 Jun, 2014, yang kemudiannya disertai oleh Sapura Topzio dan Sapura nix.

Tiga PLV terakhir -- Sapura Jade, Sapura Esmeralda dan Sapura Rubi -- mula beroperasi dengan Petrobras pada tahun kewangan semasa.

Operasi luar pesisir SapuraKencana di Brazil bagi Petrobras dilaksanakan oleh syarikat usaha sama Brazil, Sapura Navegacao Maritima (SNM), usaha 50:50 dengan syarikat penggerudian luar pesisir, Seadrill Ltd.

SNM dianugerahkan dua kontrak utama jangka panjang bernilai AS$4.1 bilion oleh Petrobras, masing-masing pada November 2011 dan Jun 2013, untuk membina dan mengendalikan enam PLV untuk kerja-kerja pasang paip fleksibel laut dalam luar pesisir di Brazil, bagi tempoh sehingga lapan tahun dengan pilihan lanjutan sehingga lapan tahun lagi.

Sapura Rubi seberat 550 tan adalah dilengkapi dengan pemasangan paip dan dua karusel simpanan di bawah dek dengan kapasiti, masing-masing untuk 2,500 tan dan 1,500 tan produk.

Kapal itu turut dilengkapi dengan kenderaan kawalan jauh bertaraf dunia yang dibangunkan dan dibina oleh anak syarikat SapuraKencana di Australia, Total Marine Technology Pty Ltd.-- Bernama

SapuraKencana , Petronas , Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain