suria

Renault Zoe Kini Di Pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR: Renault ZOE, kenderaan elektrik sepenuhnya, kini boleh didapati dalam negara dalam jumlah unit terhad, menerusi   TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal untuk kereta Renault di Malaysia.

Direka sebagai kenderaan tulen elektrik, ZOE merupakan penyelesaian Renault kepada mobiliti sifar pelepasan, kata TC Euro dalam satu kenyataan Jumaat.

"Seperti semua kenderaan elektrik, ZOE tidak mengeluarkan CO2, NOx, CO atau zarah halus. Ia juga menghilangan bau yang tidak menyenangkan dan bunyi bising 'enjin' semasa diguna di jalan raya," katanya.

ZOE berwarna Glacier White, dijual pada harga RM145,888 atas jalan, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan, tanpa insurans untuk pendaftaran individu di Semenanjung Malaysia.

Seperti semua kereta penumpang Renault di Malaysia, selang servis bagi Renault ZOE ialah 10,000 km atau enam bulan, yang mana terdahulu.

Ia juga didatangkan dengan jaminan pengilang tiga tahun atau 100,000 perbatuan, jaminan lima tahun ke atas enjin elektrik atau 100,000 km (yang mana terdahuku) dan jaminan cengkaman bateri lima tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu).-- Bernama

Renault Zoe, Malaysia, TC Euro

Artikel Lain