suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerja Keras Dan Prinsip Adalah Kunci Kejayaan - Jeffrey Cheah

Tan Sri Jeffrey Cheah
PETALING JAYA: Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Jeffrey Cheah berkata kerja keras dan tiga prinsip teras yang sering dipegangnya telah membantu beliau untuk membina kumpulan Sunway menjadi sebuah konglomerat dengan modal pasaran sebanyak RM13 bilion.

Tiga prinsip utamanya itu ialah integriti, rendah diri dan usaha untuk mencapai kecemerlangan.

Cheah mendapat perhatian lebih daripada 1,000 orang yang menghadiri ceramah Star Media Group’s Power Talks: Business Series di Universiti Sunway.

Cheah, 71, berkata beliau telah ditawarkan lesen kasino sebanyak dua kali tetapi enggan menerimanya. "Saya tidak mahu mendapatkan wang seperti itu."

Menurut Cheah, beliau juga tidak bersetuju dengan amalan rokok dan judi, sebaliknya mahu orang ramai untuk menghargai kesihatan mereka.

"Sebab itulah Universiti Sunway hari ini adalah kawasan larangan merokok," katanya.

Katanya, beliau meletakkan begitu banyak penekanan kepada pendidikan dan gaya hidup sihat kerana dalam usaha menjadikan negara berjaya, 'ia adalah semata-mata mengenai pendidikan dan kerja keras.'

Pengerusi Kumpulan Media Star Datuk Fu Ah Kiow, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Calvin Kan dan Ketua Pengarang Kumpulan Media Star Datuk Leanne Goh turut hadir pada majlis itu.

Artikel Lain