suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kastam Kenakan Cukai Jualan, Penalti Terhadap Anak Syarikat Karyon

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Karyon Industries Bhd (KIB), Allbright Industries (M) Sdn Bhd (AISB), telah dikenakan pembayaran cukai jualan dan penalti oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, masing-masing sebanyak RM1.06 juta dan RM531,732.49.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KIB berkata tindakan berkenaan disebabkan oleh perbezaan klasifikasi kod tarif produk.

"Pembayaran dan penalti itu dijangka tidak memberi sebarang kesan operasi ketara terhadap KIB dan anak syarikatnya," katanya.

Bagaimanapun, KIB berkata AISB akan mengemukakan rayuan kepada pihak berkenaan dan jika rayuan itu tidak diterima, kumpulan akan kerugian RM1.60 juta. 

Artikel Lain