suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malindo Air Tawar Jualan Pra-Merdeka Tambang Serendah RM59

KUALA LUMPUR: Malindo Air menawarkan jualan pra-merdeka istimewa bagi laluan domestik dan serantau dengan tambang sehala terangkum sehingga serendah RM59.

Syarikat penerbangan hibrid itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis berkata, tempahan bermula hari ini sehingga 2 Ogos, bagi tempoh perjalanan daripada sekarang sehingga 15 Mei tahun depan.

Penerbangan dari KLIA2 ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula dengan tambang sehala serendah RM99.

Bagi destinasi antarabangsa, Malindo Air berkata tambang terangkum bermula daripada tambang sehala serendah RM79 ke Singapura, tambang sehala RM99 ke Bangkok, Bandung dan Jakarta, dan tambang sehala RM199 ke bandar-bandar di India iaitu Trichy, Kochi, Vishakapatnam dan Trivandrum.-- Bernama


Malindo Air, Kochi

Artikel Lain