suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TigerAir Rekodkan Keuntungan Operasi Suku Pertama Sebanyak S$600,000

SINGAPURA: Tiger Airways Holdings Ltd mencatatkan keuntungan operasi sebanyak S$600,000 dalam suku pertama berakhir 30 Jun, 2016  berbanding dengan kerugian operasi sebanyak S$16.4 juta pada suku yang sama sebelum ini.

Syarikat penerbangan itu melalui satu kenyataan, berkata perolehan kumpulan adalah sebanyak S$168.3 juta, atau dua peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya berikutan penurunan kapasiti sebanyak 7.2 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Lik Hsin, berkata syarikat penerbangan itu amat gembira dengan keputusan tersebut dan akan terus berusaha mencatatkan keuntungan.

Mengenai tinjauan masa depan, kumpulan itu dijangka mengekalkan momentum pemulihan di tengah-tengah persekitaran operasi yang mencabar.-- Bernama

Tiger Airways, Singapura

Artikel Lain