suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GST: Fasa Terbaik Beli Hartanah

KUALA LUMPUR: Fasa selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan adalah masa yang baik untuk membeli hartanah, demikian menurut wakil IQI Holdings Sdn Bhd, Alexander Woo.

"Apabila GST dilaksanakan, ramai pembeli akan melepaskan unit mereka dan keadaan ini akan mewujudkan situasi 'pasaran pembeli'," katanya.

Beliau merupakan penceramah pertama Star Property Fair 2014.

Star Property Fair 2014 berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

Selain itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REI Group, Dr Daniele Gambero, Bajet 2015 membuka lebih banyak peluang pembangunan hartanah yang akan memberi tumpuan kepada kestabilan ekonomi dan kemampanan negara.

"Pertumbuhan infrastruktur akan meningkatkan lagi sektor pembangunan hartanah dan nilainya dijangka meningkat sama ada dua atau tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan First International Sdn Bhd, Datuk Abdul Razak Abdul Ghani, dua sebab utama untuk melabur dalam bidang hartanah ialah untuk mendapatkan peningkatan modal dan baki pendapatan selepas cukai.

Ketika ceramahnya, Abdul Razak berkata, unit simpanan peribadi dan tempat letak kereta merupakan pilihan pelaburan popular masyarakat United Kingdom.

Ia kerana dua aset berkenaan dilihat mudah untuk diuruskan selain memberi hasil yang tinggi dalam jangka masa panjang.

Sementara itu UEM Sunrise yang bertindak sebagai pemaju utama Nusajaya kini mempromosikan empat pembangunan iaitu Bayu Angkasa dan Ophiria serta Harbour Estuari dan Almas.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Siti Mariam Mohd Desa berkata, syarikat itu juga akan membangunkan projek EduCity yang turut akan membawa kepada pembinaan beberapa institusi pengajian seperti Southampton University, Reading University dan Newcastle University serta Raffles University Iskandar and Marlborough College.

"Ibu bapa di seluruh Asia yang mendaftar anak-anak mereka di kolej-kolej dan universiti ini. Ia pastinya akan meningkatkan permintaan kediaman," katanya.

Star Property Fair 2014

Artikel Lain