suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BNM Kaji Ekonomi Dunia Sebelum Selaras Dasar Monetari

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengkaji prospek masa depan ekonomi dunia, selain kemelesetan semasa di Jepun, sebelum menyelaraskan dasar monetari bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Dasar monetari adalah dasar yang melihat ke hadapan. Oleh itu kita tidak sahaja melihat keadaan semasa yang sangat penting, bahkan turut melihat masa hadapan," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Perangkaan Serantau ISI di sini, Selasa.

Beliau berkata, faktor lain yang turut diambil kira ialah fleksibiliti dasar, dan sama ada ekonomi utama mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan langkah dalam menampung penurunan dalam ekonomi.

"Sebagai contoh, jika anda melihat China, negara itu mempunyai lebihan fiskal. Oleh itu negara berkenaan berada pada kedudukan untuk memberi sokongan jika ekonomi merosot lebih daripada yang kita jangkakan," katanya.

BNM, monetari, Zeti Akhtar Aziz

Artikel Berikut

Artikel Lain