suria

Avicennia Capital Lantik Ankel Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR: Alexander Ankel menyertai syarikat berasaskan insurans, Avicennia Capital Sdn Bhd, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, kata sumber sektor korporat.

Avicennia Capital ialah syarikat pegangan insurans Khazanah Nasional Bhd yang memiliki dua operasi insurans di Malaysia, Sun Life Malaysia Assurance Bhd dan Sun Life Malaysia Takaful Bhd, manakala di Turki, ia memiliki Acibadem Saglik ve Hayat Sigorta A.S.

Sebagai CEO Kumpulan, Ankel akan meneruskan peluasan perniagaan Avicennia Capital dalam bidang insurans dan mengetuai proses penyepaduannya, kata sumber itu.

Ankel sebelum ini berkhidmat sebagai CEO Allianz bagi Asia Pasifik, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keuntungan dan kerugian serta pengurusan perniagaan insurans khusus dan korporat di rantau ini.

Beliau memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam industri insurans am dan hayat dan pernah bekerja di Eropah dan Asia.


Avicennia Capital

Artikel Lain