suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Tambah Kekerapan Penerbangan Ke Lombok

KUALA LUMPUR: Kekerapan penerbangan AirAsia Bhd bagi laluan Kuala Lumpur-Lombok dijangka ditingkatkan kepada 14 kali seminggu daripada 10 kali seminggu sekarang, bermula 23 Januari 2015.


Ia bagi memenuhi permintaan pelancong Malaysia dan asing ke Lombok menerusi Kuala Lumpur, yang meningkat selepas laluan berkenaan diperkenalkan pada 2012, kata satu kenyataan AirAsia, Rabu.

Bagi meraikannya, AirAsia menawarkan promosi tambang murah, serendah RM199 sehala untuk perjalanan Kuala Lumpur-Lombok.

Tempoh tempahan bermula sekarang hingga 9 November ini bagi jadual perjalanan 17 November 2014 hingga 31 Mac, 2015.


AirAsia, Lombok, RM199

Artikel Lain