suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unit Mitrajaya Peroleh Kontrak Bernilai RM402 Juta

KUALA LUMPUR: Unit Mitrajaya Holdings Bhd, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM402 juta daripada Sunrise Pioneer Sdn Bhd, ahli UEM Sunrise Group, bagi kerja-kerja pembinaan utama dan luaran.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat itu berkata ia akan melaksanakan dan menyelesaikan kerja-kerja pembinaan utama dan luaran dua blok kondominium di Mont' Kiara, dekat sini.

"Kontrak itu dijangka siap menjelang 2 Ogos, 2017," menurut Mitrajaya Holdings, sambil menambah ia akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan. 


Mitrajaya Holdings

Artikel Lain