suria

PruBSN Susun Semula Saluran Pengedaran Utama

Azim Mithani.

KUALA LUMPUR: Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) menyusun semula saluran pengedaran utamanya dengan memperkenal struktur yang lebih menyeluruh bagi membolehkan wakil langsungnya mengembangkan sepenuh potensi mereka.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, PruBSN berkata, menerusi struktur baharu itu, wakil yang mempunyai kontrak langsung dengan PruBSN kini dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu Perunding Takaful, Perunding Eksekutif Takaful, Perunding Kanan Takaful dan Perunding Perdana Takaful.

Setiap bahagian memerlukan wakil untuk memenuhi penanda aras tertentu dan menjalani latihan bagi meningkatkan kecekapan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, ejen terbabit perlu mempunyai daya pemikiran yang betul, disiplin dan kemahiran pengurusan perniagaan.

"Penyusunan semula struktur agensi kami memanfaatkan kekuatan ini, dan akan membantu ejen kami untuk kekal memberi tumpuan dan terus dirangsang untuk maju ke hadapan dalam kerjaya mereka bagi mencapai matlamat khusus," katanya.

Penyusunan semula itu juga merupakan langlah semula jadi dalam evolusi syarikat itu berasaskan pertumbuhan perniagaan yang rancak, hasil strategi yang jelas dan tertumpu dalam membangunkan profesionalisme, khidmat pelanggan yang menjadi contoh dan inovasi produk.

Artikel Sebelum

Sayur Sawi Dijual RM0.33

Artikel Berikut

Dulux Perkenal Cat Kilat Baru

Artikel Lain