suria

Pelanggan terkedu rider hantar nasi goreng ‘sambal belacan 4 penjuru’, tak pasti vendor marah, sindir atau tebus kesilapan lalu

Mawarossa menunjukkan pesanan nasi gorengnya bersama empat bekas kecil sambal belacan.

JIKA ditelusuri di media sosial, pelbagai perkongsian yang dibuat oleh warganet mengenai pengalaman masing-masing ketika membuat pesanan makanan menerusi servis penghantaran (food delivery).

Boleh dikatakan, kebanyakan kisah yang dikongsikan adalah mengenai ketidakpuasan hati mereka gara-gara vendor tersilap memberi item dipesan, kualiti makanan yang tidak sepadan harga dan sebagainya.

Bagaimanapun lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ketika dia membuat pesanan makanan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli roti telur tak dapat kuah, lelaki ini order roti bom pula sambil tulis nota untuk peniaga... terkejut tengok apa rider hantar lepas tu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak besar semua, kalau tipu Allah tahu” - Memang ‘deep’ pesanan pemuda ini semasa order KFC... Rupa-rupanya sebab serba salah, ibu asyik mengalah makan ayam goreng kecil

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, wanita yang dikenali sebagai Mawarossa membuat pesanan nasi goreng USA dari sebuah restoran menggunakan aplikasi Foodpanda.

Gara-gara pihak vendor kerap kali terlupa memasukkan sambal belacan dalam makanannya, Mawarossa bertindak menulis nota pada ruangan 'instruction' ketika membuat pesanan di dalam sistem.

Tujuannya agar pihak vendor tidak terlepas pandang dan mengulangi 'kesilapan' sama yang membuatkan dirinya kempunan menikmati sambal belacan.

"Jangan lupa sambal belacan. Banyak kali order, selalu tak dapat sambal belacan. Tolonggg," demikian nota yang ditulis pada ruangan tersebut.

Namun wanita ini sama sekali tidak menyangka respon yang diberikan pihak vendor terhadap nota yang ditulisnya.

sambal 1

Vendor memberikan empat bekas sambal belacan selepas mendapat aduan wanita berkenaan.

Selepas makanan yang dipesannya diserahkan oleh penghantar, wanita tersebut terkedu sebaik sahaja membuka bungkusan nasi goreng yang dibeli.

Bukan satu tetapi empat bekas kecil sambal belacan diberikan oleh vendor bersama-sama nasi gorengnya.

Apa yang lucu, sambal belacan tersebut diletakkan di empat penjuru bekas plastik nasi goreng yang berbentuk segi empat tepat itu.

sambal

Sambal belacan ibarat pembuka selera setiap hidangan (gambar hiasan).

Terhibur dengan apa yang diterimanya, wanita tersebut 'mengusik' dan berseloroh berkemungkinan vendor berasa 'marah' apabila membaca notanya sehingga mengirimkan sambal belacan 'extra'.

Menjengah komen warganet, rata-ratanya memuji tindakan vendor tersebut yang dilihat cuba 'menebus kembali' kesilapan mereka yang terlupa memasukkan sambal belacan sebelum ini.

Bukan marah tapi dia pulangkan yang tak dapat. Nanti dekat akhirat tidaklah dia kena tuntut sambal belacan.

MAWAROSSA

"Kira bayar hutang sebab puan tak dapat sambal belacan sebelum ini.

"Dia bagi extra tu sebab in case untuk pesanan seterusnya dia terlupa lagi. Kiranya bagi siap-siap.

"Bukan marah tapi dia pulangkan yang tak dapat. Nanti dekat akhirat tidaklah dia kena tuntut sambal belacan. Parah masa tu nak cari cili dan belacan," demikian antara komen lucu netizen.

komen sambal

Antara komen lucu netizen pada perkongsian video wanita berkenaan.

Namun ada juga yang menyokong tindakan wanita tersebut menyuarakan haknya sekali gus menegur pihak vendor agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sehingga kini video berkenaan meraih 74,900 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain