suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 pelajar sesak nafas ketika buat uji kaji iodin

Jentera bomba kelihatan memasuki perkarangan sekolah terbabit. FotoBERNAMA

SERAMAI 13 pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, Bayan Lepas dekat sini mengalami sesak nafas selepas terhidu gas iodin daripada uji kaji yang dijalankan semasa sesi pembelajaran mereka pada Isnin

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 9.57 pagi memaklumkan 11 pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki terkesan selepas terhidu gas iodin berkenaan.

"Menurut maklumat awal, mereka sedang menjalankan proses uji kaji melibatkan iodin bersama guru dan dalam uji kaji itu bahan iodin dipanaskan untuk tindak balas pemeluapan, berikutan kurang pengudaraan dalam makmal menyebabkan 13 pelajar mengalami sesak nafas dan batuk berterusan," katanya.

Katanya semua mangsa telah dibawa ke tempat selamat dan rawatan awal diberikan oleh anggota Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru.

Menurutnya, seorang daripada mangsa iaitu pelajar perempuan telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut manakala yang lain stabil.

"Tiada sebarang letupan atau kebocoran kimia dalam kejadian itu seperti yang ditularkan di media sosial," katanya. - BERNAMA

sesak nafas, iodin, SMK Bayan Lepas

Artikel Lain