suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Banjir' di Tropicana City, stesen radio Suria, 988 terjejas

PETALING JAYA: Kebocoran paip di menara pejabat Tropicana City di sini menjejaskan transmisi dua stesen radio di bawah Kumpulan Media Star, Suria dan 988.

Kebocoran berlaku di aras 5 menara pejabat tersebut, yang menempatkan kedua-dua stesen radio.

Air melimpah masuk ke bilik 'master control'.

Kedua-dua Suria dan 988 terpaksa menghantar transmisi secara berselang-seli, antara transmisi sebenar dan sandaran audio, selama sejam setengah.

Ketika ini, stesen radio FM menghantar transmisi secara sandaran audio, tetapi laman web dan bisnes e-radio melakukan transmisi kandungan seperti biasa.

Pendengar masih boleh mendengar Suria dan 988 di laman web dan aplikasi mudah alih bagi kandungan biasa. - The Star


Suria, 988, Tropicana City

Artikel Lain