suria

Tiada lagi ‘belanja Krismas’ untuk habiskan peruntukan kementerian

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah melaksanakan sistem bajet berasaskan sifar untuk mengelakkan senario 'belanja Krismas' iaitu situasi di mana kementerian-kementerian menghabiskan peruntukan sebelum akhir tahun menjelma, kata Kementerian Kewangan.

Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, belanjawan berasaskan sifar akan memaksimumkan simpanan dan pulangan.

Belanjawan berasaskan sifar adalah kaedah di mana semua perbelanjaan mesti diperjelaskan untuk setiap tempoh baharu.

Ia bermula daripada asas sifar dan setiap perbelanjaan dianalisis berdasarkan sama ada ia diperlukan dan berapa banyak pula kosnya.

Guan Eng berkata, kerajaan mahu memberi keutamaan kepada perbelanjaan terhadap perkara yang diperlukan.

"Apa yang penting adalah kami tidak mahu (pembelian) dilakukan pada akhir tahun, apa yang disebut 'belanja Krismas', kerana peruntukan yang diluluskan (sebelum ini) tidak habis dibelanjakan.

"Apa yang mereka lakukan (kementerian) adalah mereka cuba menghabiskan (wang yang diperuntukkan) menjelang akhir tahun," katanya dalam ucapan penggulungan untuk kementeriannya mengenai isu-isu yang dibawa oleh ahli Parlimen semasa perbahasan Bajet 2019.

Beliau turut berkata perbelanjaan semasa merangkumi gaji, sewa, bil utiliti, kontra barangan dan perbelanjaan penyelenggaraan (antara lain).

Beliau berkata bahawa kerajaan sebelumnya tidak mempertimbangkan komitmen sebenar (kewangan). - The Star

Guan Eng

Artikel Lain