Pengundian PRK Balakong, Seri Setia ditutup - Semasa | mStar

Pengundian PRK Balakong, Seri Setia ditutup

BALAKONG: Semua pusat pengundian PRK Dun Balakong dan Seri Setia ditutup secara rasmi pukul 5.30 petang Sabtu.

PRK yang dijalankan serentak itu membabitkan sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi PRK Dun Balakong manakala sebanyak 18 pusat pengundian dengan 115 saluran bagi PRK Dun Seri Setia.

Proses penjumlahan undi PRK Dun Balakong akan dilakukan di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, manakala bagi Dun Seri Setia pula adalah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam dan selewat-lewatnya pukul 10 malam.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya setakat 4 petang, sebanyak 39 peratus daripada 62,219 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dun Balakong manakala di Dun Seri Setia pula sebanyak 41 peratus daripada 50, 692 pengundi.

Peratusan ini dilihat sebagai satu tren menurun, selepas hanya 49.4 peratus pengundi yang mengundi pada PRK Sungai Kandis yang menyaksikan PKR yang diwakili Mohd Zawawi Ahmad Mughni  mengalahkan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dengan majoriti 5,842 undi pada  4 Ogos lepas.

Pada Selasa lepas, sebanyak 90 peratus daripada 31 pengundi awal di Dun Balakong dan 77 peratus daripada 2,770 pengundi awal di Dun Seri Setia telah menunaikan tanggungjawab mengundi di tiga pusat pengundian iaitu di Kuarters Balai Polis Seri Kembangan, Dewan Serbaguna Ababil Pangkalan Udara Subang dan Kompleks SMS PDRM, Shah Alam.

Pakatan Harapan (PH) buat kali pertama menggunakan logonya pada PRK kali ini di Balakong dan begitu juga di Seri Setia, manakala MCA juga sejak penubuhannya menggunakan logo parti itu sendiri berbanding menggunakan logo dacing BN sejak pilihan raya diadakan di negara ini.  

PRK Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam  kemalangan jalan raya 20 Julai lepas, menyaksikan persaingan pertembungan satu lawan satu antara calon MCA Tan Chee Teong dan calon PH Wong Siew Ki.

PRK Seri Setia juga menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Halimey Abu Bakar dan calon PAS Dr Halimah Ali susulan kematian penyandang kerusi Dun berkenaan daripada PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain