Senaman di gim dah biasa, jom cabar diri bersenam atas air - Semasa | mStar

Senaman di gim dah biasa, jom cabar diri bersenam atas air

Terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa, Boga Fit Mat melatih keseimbangan badan anda dan sesuai dilakukan oleh semua orang.

KESEDARAN terhadap aspek kesihatan dan kecergasan nampaknya semakin meningkat khususnya dalam kalangan anak muda hari ini.

Tidak hairanlah berkunjung ke gym kini menjadi satu trend. Ada yang benar-benar mahu bersenam, malah ada juga yang ke sana sekadar untuk tujuan memuat naik gambar Instagram.

Melihat senaman konvensional di gym sudah menjadi kebiasaan, maka Babel Fit memperkenalkan sensasi baharu dalam dunia kecergasan iaitu Boga Fit Mat.

Beroperasi di Taman Tun Dr Ismail, Boga Fit Mat merupakan senaman di atas tikar terapung dalam air.

Kunjungan ke sana baru-baru ini membolehkan mStar Online melihat dengan lebih jelas bagaimana senaman itu dipraktikkan.

Menurut Pengurus Besar Babel, Jacq Ng, Boga Fit Mat yang terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa ini banyak memfokuskan kepada keseimbangan badan.

"Fungsinya lebih kurang sama dengan senaman atas darat, tapi Boga Fit Mat ini berbeza sebab ia menggunakan tikar khas dan dilakukan dalam kolam renang.

"Senaman ini banyak melibatkan pergerakan badan. Jadi ia dapat meningkatkan kekuatan tubuh badan, tahap keseimbangan, membakar kalori dan banyak lagi kebaikan lain," kata Ng.

Pemandangan indah ketika bersenam pastinya menjadikan aktiviti kecergasan anda lebih menarik.

Selain Boga Fit Mat, Babel Fit turut menawarkan pengalaman bersenam dalam atmosfera penuh eksklusif dan memukau pandangan mata.

Beroperasi di puncak bangunan, anda boleh melakukan senaman Boga Fit Mat ataupun senaman-senaman lain sambil melihat permandangan yang begitu indah.

Menurut Ng yang turut bertugas sebagai jurulatih kecergasan di situ, dia mahu mereka yang berkunjung ke Babel berasa seperti mereka sedang bersenam dalam galeri seni.

"Di sini, persekitarannya sangat menenangkan. Selain bersenam, mereka boleh 'chill and relax'. Kita mahu semua yang datang ke sini rasa selesa, boleh rasa macam rumah sendiri," ujarnya lagi.

Antara peralatan senaman lain yang ditawarkan di Boga Fit.

Selain Boga Fit Mat, pengunjung yang mendaftar dengan yuran bulanan sebanyak RM250 ataupun RM3,000 setahun juga boleh melakukan senaman lain yang biasa dilakukan di gym.

Dalam tiga ruang senaman berbeza yang luas, ia menempatkan banyak peralatan seperti skill row, skill mill, treadmill dan sebagainya.

Ternyata, Babel Fit bukanlah gym biasa. Selain menawarkan aktiviti kecergasan, Boga Fit Mat yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia bermula April menampilkan persekitarannya sangat eksklusif, kondusif dan memberi aura positif.

senaman atas air , gym KL , Boga Fit Mat

Artikel Sebelum

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain