suria

Najib: Deepavali Semarakkan Semangat Perpaduan

Paparan skrin yang diambil daripada rakaman ucapan Deepavali oleh Najib. - Facebook/ Najib Razak

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan berharap agar sambutan tahun ini menjadi perayaan yang bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

"Semoga sambutan Deepavali tahun ini menjadi salah satu kenangan indah buat kita semua sebagai sebuah keluarga," katanya melalui laman Facebook rasmi beliau.

Dalam rakaman video yang disertakan pada ucapan tersebut, Najib berkata, pencapaian Malaysia telah meletakkan negara ini pada tahap yang membanggakan.

Tambah beliau, walaupun Malaysia semakin pantas mengejar arus kemodenan, ia tetap mengekalkan budaya yang unik.

"Kini, Deepavali kembali menyerikan suasana. Pelita dinyalakan dan 'kolam' mencerminkan suasana yang meriah dalam kedamaian.

"Seperti sifat cahaya yang menerangi, marilah kita bersama menyemarakkan lagi keharmonian seiring dengan kecemerlangan yang dikecapi saban hari," ujar Najib.

'Kolam' adalah corak mandala yang diperbuat daripada tepung beras atau serbuk berwarna.

Deepavali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain