suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum Tentu Ejen Khas Terlibat - PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai keterlibatan ejen khas luar negara dalam kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, Isnin lepas.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan sedang berjalan dan kes itu dianggap rumit.

Beliau berkata demikian kepada Bernama apabila ditanya mengenai kemungkinan pembunuhan itu melibatkan ejen khas luar negara.

Setakat ini polis menahan dua wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes itu.

Mohamad Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya latar belakang ketiga-tiga mereka.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Kim Jong-nam, Mohamad Fuzi Harun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain