suria

Ibadah Korban Didik Umat Islam Patuh Agama, Bersyukur

KUALA LUMPUR: Ibadah korban mendidik umat Islam menjadi hamba yang patuh kepada agama dan bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata ibadah itu membolehkan umat Islam berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan termasuk fakir dan miskin.

"Diharapkan program yang kita jayakan pada hari ini dapat membuahkan hasil yang baik, ibadah korban mendidik kita menjadi hamba yang patuh kepada agama, bersyukur atas nikmat yang diberikan.

"Kita juga berharap hubungan dan kerjasama terjalin di antara masyarakat dan juga pelbagai agensi," katanya ketika berucap merasmikan Program Ibadah Korban Masjid Negara 2016 dengan kerjasama Al Rajhi Bank, di perkarangan Masjid Negara, di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah Masjid Negara Ustaz Amru Alhaz Adnan.

Pada majlis itu, sebanyak 15 ekor lembu dan tujuh ekor kambing korban  disumbangkan oleh pelbagai sektor dan individu sempena sambutan Aidiladha, termasuk daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Al Rajhi Bank. - BERNAMA

Korban, Aidiladha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain