suria

Rombakan Kabinet Dijangka Minggu Depan

PETALING JAYA: Satu rombakan Kabinet dijangka akan berlangsung awal minggu depan.

Sumber terdekat dengan perkara tersebut memberitahu The Star Online bahawa rombakan itu mungkin berlaku dengan skala yang kecil dan tidak melibatkan perubahan besar-besaran.

Difahamkan, Ahli Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi kemungkinan akan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menggantikan Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Beliau kemudiannya dilantik memegang salah satu daripada tiga jawatan ketua timbalan menteri Sarawak.

Ketika ini, Linggi merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Dua kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri dijangka akan diisi berikutan tempoh penggal kedua Datuk Seri Idris Jalah telah tamat manakala Tan Sri Abdul Wahid Omar tidak menyambung khidmatnya.

Satu lagi kekosongan bagi jawatan timbalan menteri berikutan kematian Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 

Selain itu, jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan diisi bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang meletak jawatan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

Rombakan kabinet

Artikel Lain