suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan BH Maut Kemalangan

Mohd Hamizar Abd Hamid.

PUTRAJAYA: Wartawan Berita Harian (BH), Mohd Hamizar Abd Hamid meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Persiaran Barat di sini, kira-kira 7 malam Jumaat.

Mohd Hamizar, 43, dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC sebelum terbabit dalam kemalangan berhampiran susur Lebuh Sentosa berdekatan Institut Kanser Negara (IKN) di sini. 

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia di Hospital Putrajaya kira-kira 8.10 malam selepas dibawa untuk rawatan lanjut. 

Mangsa yang pada mulanya sedar mengadu sakit di bahagian rusuk kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans, katanya. 

Beliau berkata, kad pengenalan diri tidak ditemui bersama mangsa kecuali pas media NSTP. 

Punca kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. - Bernama

Mohd Hamizar Abd Hamid

Artikel Lain