suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Remaja Lemas Di Pantai Geliga, Terengganu

- Gambar hiasan
KEMAMAN: Kegembiraan tiga remaja yang mandi di Pantai Geliga, di sini semalam bertukar tragedi apabila dua daripadanya lemas akibat ditelan ombak besar.

Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azmi Ab Rahim berkata mayat Amier Syafiq Azahari, 14 tahun ditemukan terdampar di pesisir pantai pada 5.50 petang semalam oleh orang kampung dalam jarak kira-kira 25 meter dari lokasi mangsa mandi.

Mayat rakannya Mohd Arif Azaharudin, 14, turut dijumpai terdampar di pesisir pantai kira-kira 6.40 pagi tadi oleh pasukan keselamatan yang melakukan rondaan.

"Ketika sedang melakukan rondaan di pesisir pantai pasukan penyelamat mengesan mayat mangsa pada jarak 20 meter dari lokasi mayat pertama," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu tiga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, dipercayai mandi-manda di kawasan pantai berkenaan kira-kira 4.30 petang semalam.

Bagaimanapun ketika sedang mandi mereka dipukul ombak dan dihanyutkan arus deras sebelum terkapai-kapai kelemasan.
Seorang lagi rakan mereka Alif Mursidi Awang, 14, berjaya menyelamatkan diri.


Azmi berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Unit Forensik Kemaman untuk dibedah siasat.
kes lemas, Azmi Ab Rahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain