suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Culik Abu Sayyaf Risau Bapa Gagal Sediakan Wang Tebusan

Wong Chie Ming

SIBU: Rakaman perbualan antara rakyat Malaysia dalam tahanan penjenayah bersenjata, Abu Sayyaf dan bapanya menjadi viral di media sosial.

Bapa tahanan, Wong Chie Ming, 55 mengesahkan kepada The Star pada Isnin mengenai perbualan pada 18 April lalu yang juga kali keempat dihubungi anak lelakinya.

Dua beradik, Wong Teck Pang, 31 dan Wong Teck Chi, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21 dan Wong Hung Sing, 34 diculik daripada bot tunda berhampiran Pulau Ligitan di perairan Semporna pada 1 April lalu.

"Penjenayah bersenjata memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk menyerahkan wang tebusan. Kami bimbang jika tidak dapat mengumpul wang seperti yang dituntut," kata Chie Ming.

Menerusi perbualan itu, salah seorang anak lelaki Chie Ming dengan suara menggeletar bertanyakan bapanya jumlah wang yang dikumpul setakat ini untuk memastikan mereka dibebaskan.

"Jika gagal untuk mengumpul wang yang banyak, kami akan dipancung," kata anaknya.

Mengenai lokasi persembunyian, beliau berkata, mereka sentiasa bergerak bagi mengelak dikesan pasukan tentera Filipina.

Chie Ming juga memberi jaminan akan cuba sebaik mungkin untuk mengumpul wang tebusan bagi menjamin keselamatan mereka.

Perbualan selama dua minit 49 saat itu berakhir apabila Chie Ming berulang kali meminta anaknya memberitahu nombor telefon penculik untuk memudahkan proses rundingan.

Abu Sayyaf, Wong Chie Ming, Filipina

Artikel Sebelum

DAP Kecewa Dengan PKR

Artikel Lain