suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

6 Mei Bukan Cuti Umum Di Perak

IPOH: Tiada cuti umum di Perak pada 6 Mei depan sebagaimana yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau berkata tarikh cuti umum pada 6 Mei yang menjadi viral itu hanya berlaku tahun lalu sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah seperti yang diumum Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

"Maklumat yang telah diviralkan di laman sosial itu adalah tidak benar kerana cuti umum itu hanya pada 6 Mei tahun lepas," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan sebarang maklumat tanpa bukti atau fakta yang sahih. - BERNAMA


cuti umum, Perak

Artikel Lain