suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Tolak BN

PETALING JAYA: Teka-teki yang  menjadi polemik di kalangan penyokong PAS dan Umno akhirnya terjawab apabila parti pembangkang itu mengulangi pendirian untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada Sabtu lalu menegaskan untuk terus menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno demi kepentingan Islam.

"Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional.

"Kami juga telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak untuk kebaikan dan ketakwaan demi  memperkukuhkan Islam dan perjuangannya," kata Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh.

Menerusi kenyataan media badan itu pada awal pagi Rabu, Nik Mohd Zawawi menjelaskan keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan mana-mana pihak dibuat berdasarkan pegangan terhadap firman Allah untuk saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Sebelum ini desas-desus mengenai kerjasama antara PAS dan Umno kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan silaturahim kepada parti pembangkang itu pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu.

PAS, Nik Mohd Zawawi Salleh, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain