suria

MAS Kenakan Had Kebenaran Bagasi Sementara Bagi Laluan KL-Eropah

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengenakan had kebenaran bagasi yang didaftar masuk buat sementara waktu bagi laluan Kuala Lumpur-Eropah untuk memastikan keselamatan penumpang memandangkan arus angin kuat yang bukan pada musimnya ketika ini.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata atas tujuan keselamatan, ia yang ketika kini mengendalikan laluan jarak jauh ke Eropah, ditambah dengan arus angin kuat sementara bukan pada musimnya, akan mengehadkan keupayaannya untuk membawa bagasi dalam kargo.

"Laluan penerbangan jarak jauh ini menggunakan lebih banyak bahan api dan atas sebab-sebab keselamatan, Malaysia Airlines terpaksa mengehadkan kebenaran bagasi yang didaftar masuk buat sementara waktu," kata syarikat penerbangan itu.

Mulai malam ini 5 Januari (sehingga diberi tahu kelak), syarikat penerbangan itu hanya dapat menerima bagasi kabin seberat sehingga 7kg -- sebuah beg seberat 7kg untuk penumpang Kelas Ekonomi dan dua beg seberat 14kg (sehingga seberat 7kg untuk sebuah beg) bagi penumpang Kelas Perniagaan/Pertama.


Bagi penumpang yang berhasrat untuk mendaftar masuk bagasi, mereka tetap boleh berbuat demikian, tetapi bagasi mereka hanya akan sampai kemudiannya.

Malaysia Airlines akan menghantar bagasi yang terkandas sebaik sahaja keadaan membenarkan dan penumpang diminta menghubungi talian 1300-88-3000 bagi sebarang pertanyaan mengenai status bagasi didaftar masuk mereka.

"Kami akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah di rantau itu dan memaklumkan kepada penumpang apabila operasi kembali normal. Keselamatan terus menjadi keutamaan operasi syarikat," kata syarikat penerbangan itu.
MAS, had bagasi, Eropah

Artikel Berikut

Artikel Lain