suria

Tiga Lelaki Aktif Samun Hotel Bajet Ditahan

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dipercayai suspek samun hotel bajet yang aktif di sekitar Kuala Lumpur sejak beberapa minggu lepas, ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Sungai Besi, Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata semasa serbuan kira-kira 3 pagi tadi, ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

"Semasa serbuan ketiga-tiga mereka telah melarikan diri melalui tingkap.

Bagaimanapun, dua ditahan di bumbung hotel bersebelahan hotel yang diduduki mereka.

"Seorang lagi rakan mereka yang melarikan diri ke tingkat empat hotel dan berada di bahagian koridor hotel turut ditahan selepas polis meminta bantuan daripada pihak bomba untuk menyelamatkannya memandangkan keadaan suspek yang berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Zainuddin berkata suspek berusia antara 24 dan 38 tahun, dan seorang daripada mereka merupakan orang dikehendaki polis berhubung kes dadah dan samun di Sentul.

Susulan itu, polis menjalankan serbuan di kediaman mereka dan menemukan parang dipercayai digunakan semasa melakukan samun, telefon bimbit, peti besi dan sebuah komputer riba.

"Polis turut merampas sebuah kereta Myvi...hasil siasatan setakat ini suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes samun hotel bajet di Kuala Lumpur tahun lepas dan suspek akan direman bagi membantu siasatan," katanya.

Samun, Hotel Bajet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain