suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video Empat Remaja Ditahan Curi Kereta Jadi Viral

Video seminit yang merakamkan empat remaja ditahan polis kerana melakukan cubaan mencuri kereta menjadi viral.

PETALING JAYA: Video empat remaja lelaki ditahan polis ketika melakukan cubaan mencuri kereta di Seremban kini menjadi viral.

Insiden itu berakhir apabila keempat-empat mereka yang melarikan Myvi yang dicuri itu bertembung dengan dua motosikal dan sebuah kereta.

Kemalangan itu menyebabkan kereta yang dicuri itu mengalami kerosakan teruk.

Video kira-kira satu minit itu menunjukkan pegawai polis beruniform dan dua anggota berpakaian preman mengarahkan remaja berkenaan meniarap.

Anggota polis berkenaan seterusnya menggari keempat-empat remaja itu.

Anggota berpakaian preman itu juga dilihat menendang dan menolak remaja terlibat sebelum menampar mereka.

Salah seorang remaja itu merayu dan meraung tetapi pegawai polis berkenaan terus meninggikan suara dan mengarahkan remaja itu duduk di jalan.

Menerusi rakaman itu, dapat dilihat dua motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu.

Insiden itu juga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas 


Myvi, viral, video

Artikel Lain