Kutipan GST Akan Dipulangkan Kepada Rakyat - Najib - Semasa | mStar

Kutipan GST Akan Dipulangkan Kepada Rakyat - Najib

Najib Razak

PUTRAJAYA: Hasil tambahan negara yang dikutip melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dipulangkan kepada rakyat dan butirannya akan dibentangkan dalam belanjawan akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata, menerusi cara itu, rakyat akan menerima bahawa langkah hasil kutipan cukai enam peratus yang berkuat kuasa 1 April itu sebagai kebaikan jangka panjang untuk ekonomi dan rakyat.

"Kita (kerajaan) perlu beritahu pendapatan lebih, ke arah mana kita menggunakan hasil tambahan. Kita kutip demi rakyat, kita pulangkan kepada rakyat. Ini semua cabaran jangka pendek yang perlu dihadapi," katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini.

GST dilaksanakan mulai 1 April pada kadar enam peratus dan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadar keseluruhannya sebanyak 16 peratus.Menyedari terdapat rungutan daripada rakyat mengenai pelaksanaan GST,  Najib menegaskan pihak berkuasa perlu memantau keadaan itu dengan mendapatkan maklumat timbal balas.

"Maklumat itu adalah untuk mengetahui sama ada rungutan mereka ada asas atau disebabkan pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk terus mengekalkan harga jualan dengan menambah enam peratus walaupun SST (cukai jualan dan perkhidmatan) telah dimansuhkan.

"Sepatutnya apabila SST dimansuhkan dan digantikan dengan GST, para peniaga mengurangkan harga jualan dan menambah enam peratus. Apa yang berlaku mereka kekalkan harga dan tambah enam peratus (GST)," jelas Najib.

Katanya, kerajaan akan meminta pihak berkuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk melaksanakan penguatkuasaan yang menyeluruh dan berterusan.

Beliau juga berkata Kabinet telah menetapkan kesalahan pencatutan berlebihan perlu dihadapkan ke mahkamah seberapa segera yang boleh.Sehubungan itu, perdana menteri berharap semua pihak akan terus memahami GST sebagai satu sistem percukaian yang lebih efisien dan efektif yang menjadikan asas kewangan fiskal negara lebih kukuh.

Najib juga memberikan analogi keperluan memakan antibiotik daripada memilih jalan populis yang merugikan.

"Kita mesti makan (antibiotik) sampai habis supaya kesihatan kita boleh pulih. Kalau perlu melakukan penambahbaikan, kita mesti ada kejayaan dan keberanian walaupun dipukul ombak dan bahtera, tetapi kapal mesti menuju ke destinasinya," jelas beliau.-- Bernama

GST , Najib Razak , SST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain