suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perasmian Sidang Kemuncak Asean Ke-26 Penuh Warna-Warni



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Asean Ke-26 yang penuh warna-warni, bersama-sama pemimpin-pemimpin lain kumpulan serantau itu.

Acara itu bermula pada 9 pagi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), namun anggota-anggota delegasi mula tiba seawal 7.30 pagi tadi.

Pemimpin Asean dan isteri masing-masing pula tiba kira-kira 8.30 pagi.

Antara yang hadir ialah Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Laos Thongsing Thammavong.

Turut hadir Presiden Myanmar U Thein Sein, Presiden Filipina Benigno S. Aquino III, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-Ocha dan Presiden Vietnam Truong Tan Sang.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain