suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Lancar Saluran Perjalanan Asean, GOASEAN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin melancarkan GOASEAN, saluran perjalanan pertama yang memfokuskan Asean, sempena Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

GOASEAN bermatlamat mencungkil keindahan tersembunyi setiap negara anggota Asean dan mengetengahkannya sebagai khazanah tunggal untuk diteroka.

Saluran ini dijangka meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan, mempromosi kembara sesama anggota Asean dan meningkatkan rasa kekitaan ke atas tarikan santai yang dimiliki Asean.

Saluran itu juga bertujuan menjadikan Asean sebagai model destinasi pelancongan tunggal selepas kejayaan Eropah.

Saluran 24/7 itu akan memulakan siaran di Saluran 737 Astro Jun ini dan kemudiannya dikembangkan ke platform lain termasuk televisyen protokol Internet,  terus ke rumah, digital dan mudah alih.

Ditubuhkan pada 1967, Asean dianggotai 10 negara yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand and Vietnam.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain