suria

Lelaki Ditahan Berhubung Kes Cebisan Al-Quran Dibakar Di Alor Setar

Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah, Abdul Rani Dahaman menunjukkan cebisan al-Quran dipercayai dibakar yang ditemui dalam tong aluminium yang digunakan untuk membakar kertas di sebuah medan selera di sini, Khamis.

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki berhubung penemuan beberapa cebisan helaian al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran sebuah pasar di sini, Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong di sini, kira-kira 3 petang Khamis.

Katanya, lelaki itu, yang belum diketahui maklumat dirinya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

"Mengikut keterangan peniaga-peniaga di pasar itu, lelaki berkenaan sentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakar kertas-kertas di tempat pembakaran terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis malam.

Beberapa cebisan Al-Quran dibakar itu ditemui oleh seorang peniaga setelah dimaklumkan individu lain, lalu beliau melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Pada sidang media petang Khamis, Zakaria berkata, pihaknya mengesyaki orang yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental. 


al-Quran, Zakaria Yusof, tong, Alor Setar

Artikel Lain