suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON97 Turun 20 Sen Mulai Hari Ini

Harga Ron 97 turun pada harga RM2.55 sen berkuatkuasa pada Rabu.
PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan turun sebanyak 20 sen kepada RM2.55 seliter mulai Rabu.

"Kami telah menerima pengesahan dan memaklumkan pengedar kami berhubung perubahan itu," Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang zari Ishak kepada The Star, Selasa.

Perubahan terakhir harga petrol premium adalah pada September lalu, di mana ia telah meningkat sebanyak 15 sen kepada RM2.75 seliter.

Harga RON97 meningkat sehingga RM3 seliter pada September tahun lepas.

Pada Oktober tahun ini, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen seliter dalam usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi.
RON97, Datuk Alang Zari Ishak

Artikel Lain