suria

MH370: Kawasan Carian Dalam Air Sebesar Negeri Sembilan

PETALING JAYA: Kawasan carian dalam air bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang meliputi kira-kira 6,900 kilometer persegi di dasar laut setakat ini, di mana ia bersaiz besar sedikit daripada keluasan Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan terkini operasi pencarian, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, carian dalam air bertujuan untuk memetakan kawasan bagi serpihan MH370 dalam menjejaki pesawat itu.

Peta seumpama itu dapat membantu untuk mengenal pasti dan mengutamakan penemuan komponen pesawat yang spesifik, termasuk perakam penerbangan yang akan membantu penyiasatan.

"ATSB (Biro Keselamatan Pengangkutan Australia) telah menggunakan data daripada kajian batimetrik bagi menyediakan pelan awal untuk pencarian dalam air, yang perlu diikuti dan dirujuk oleh semua pihak yang terlibat.

"Pelan tersebut termasuk tempoh masa carian, kaedah, prosedur, langkah-langkah keselamatan dan kawasan pencarian awal untuk beberapa kapal," kata JACC.


JACC, MH370

Artikel Lain