Sebuah Bangunan Di Chow Kit Bakal Jadi Rumah Perlindungan Gelandangan - Semasa | mStar

Sebuah Bangunan Di Chow Kit Bakal Jadi Rumah Perlindungan Gelandangan

Sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengagihkan bungkusan makanan kepada golongan gelandangan di kaki lima bangunan di kota raya di Kuala Lumpur, malam Rabu. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan di Chow Kit di sini telah dikenal pasti sebagai lokasi untuk dijadikan rumah perlindungan buat golongan gelandangan di ibu kota, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau berkata, pihaknya merancang kemungkinan untuk mendapatkan beberapa unit dan tingkat dalam bangunan itu khas buat menempatkan mereka yang hidup secara gelandangan.

"Bahagian bawah (bangunan itu) mungkin boleh buat perkhidmatan seperti rawatan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menyertai tinjauan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap golongan gelandangan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak di sini, malam Rabu.

Perdana Menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar jalan berkenaan.

Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi jalan termasuk di perhentian bas.

Sementara itu, Rohani berkata, perdana menteri telah mengarahkannya memastikan golongan gelandangan yang berusia 60 tahun ke atas ditempatkan di Rumah Seri Kenangan kendalian kementerian itu.

"Kalau umur ini (60 tahun) baiklah mereka berada di Rumah Seri Kenangan supaya senang (dijaga)," katanya.

Mengenai kanak-kanak yang turut hidup sebagai gelandangan dengan ibu atau bapa mereka, Rohani berkata, masalah itu agak sukar diatasi kerana terdapat kalangan ibu atau bapa yang enggan menyerahkan anak mereka untuk dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kita nak mereka kalau boleh letak anak-anak mereka dengan kita untuk kita jaga sementara mereka cari kerja. Tapi ibu bapa ini tak nak pisah, maka kita kena ikut dan hormati kehendak mereka," katanya.

gelandangan , Ahmad Phesal Talib , Chow Kit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain