suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Dipercayai Jatuh Bangunan

KOTA BAHARU: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari Bangunan Wisma Persekutuan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata mangsa ditemui dalam keadaan terdampar dan berdarah oleh orang ramai dalam kejadian 6 petang semalam.

"Kita masih mengesan identiti mangsa berikutan tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Mangsa dipercayai berusia 30-an dan tiada saksi melihat kejadian sebenar, kata Azham.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
jatuh bangunan, maut

Artikel Lain