suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cheras, Putrajaya Catat IPU Tidak Sihat

Putrajaya turut mencatatkan Indeks Pencemaran Udara yang tidak sihat. (gambar fail).
KUALA LUMPUR: Dua kawasan iaitu Cheras di Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan masing-masing mencatat 114 dan 103.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 21 kawasan di Semenanjung pula mencatatkan IPU sederhana termasuk Banting (91), Batu Muda (Kuala Lumpur) (89), Pelabuhan Klang (87), Petaling Jaya (86), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (Ipoh) (84) dan Shah Alam (82).


Antara kawasan yang turut mencatatkan IPU sederhana ialah Seremban (78), Nilai (75), Kuala Selangor (71), Bukit Arang (Sungai Petani) (70), Seberang Jaya 2 (Perai) (69), Indera Mahkota (Kuantan) (68), Perai (64), Bukit Rambai (Melaka) (62), Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang) (61) dan Pasir Gudang (60).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat)
dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing. 


Cheras, Putrajaya, IPU, tidak sihat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain